Tuesday, 1 January 2019

Bagaimana mahu menyingkirkan bulu longgar kuda?

Bulu yang kotor di badan kuda hendaklah dilonggarkan menggunakan curry comb.
Curry comb berfungsi untuk melonggarkan segala lumpur,tanah dan kotoran yang berada di bulu badan kuda. Gosok curry comb secara searah dengan bulu kuda. Selepas itu, gunakan curry comb secara berlingkar kecil dengan kuat di atas otot kuda. Hindari penggunaan curry comb di bahagian yang bertulang seperti muka, tulang belakang dan kaki. Mulai secara berurut dari leher, tubuh dan bokong. Curry comb harus digunakan secara melingkar dari arah berlawanan pertumbuhan bulu kuda. Hal ini dapat menarik segala kotoran yang terlekat di bulu kuda.

Seterusnya, dandy brush digunakan untuk menyingkirkan bulu yang telah dilonggarkan oleh curry comb
Dandy brush adalah berus dengan bulu yang keras yang menyingkirkan tanah, kotoran dan bulu yang telah dilonggarkan curry comb. Gunakan dandy brush secara lurus dan pendek agar bulu sikat ini dapat masuk ke seluruh bulu kuda dan membersihkan segala kotoran di bulu kuda. Mulai dari bahagian leher kuda dan berakhir di ekor kuda. Elakkan penggunaan dandy brush di bahagian muka, telinga, rambut kuda dan kaki kuda atau di bahagian badan kuda yang bertulang kerana alat ini akan menyebabkan kuda berasa tidak selesa malah lebih teruk lagi kuda merasa stres, takut atau terkejut. 

Selepas itu, bersihkan muka kuda dengan menggunakan span atau kain basah. Usapkan di bahagian mata dan hidung kuda. Lakukan pembersihan ini dengan lembut pada bahagian-bahagian yang sensitif.

Akhir sekali, gunakan sikat kuda untuk menghilangkan kekusutan pada rambut dan ekor kuda. 
Sebelum menyikat rambut dan ekor kuda, kita perlu menggunakan jari untuk memisahkan rambut yang kusut. Pegang bahagian besar rambut kuda dengan tangan ketika menyikat rambut kuda. Manakala ketika menyikat ekor, kita perlulah berdiri di samping kuda bagi mengelakkan kuda daripada terkejut seterusya menendang kita. Teruskan menyikat ekornya sehingga ke hujung ekornya. Ketika menyikat rambut dan ekor kuda, pastikan kita berbicara dan meletakkan tangan ke atasnya agar kuda tidak merasa takut dan terkejut. Rambut dan ekor kuda tidak akan menjadi kusut sekiranya kita menyikatnya setiap hari. ;)





Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cara penggunaan barang seperti curry comb dan dandy brush secara video, sila klik di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda

Baka-Baka Kuda

Abyssinia

Kuda baka Abyssinia ini juga dikenali sebagai Gala, kuda ini merupakan sejenis baka kuda ringan yang berasal daripada sepanjang pantai Laut Merah,Habsyah. Baka kuda ini mula dieksport ke England pada tahun 1861.
Akhal-Teke

Kuda Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkemenistan. Kuda ini merupakan kuda yang pantas, lasak, cerdik serta unik dengan bulu yang berkilat. Kuda ini amat sesuai dengan keadaan cuaca melampau malah dipercayai sebagai baka kuda tertua yang masih wujud di dunia. Kuda Akhal-Teke telah banyak mempengaruhi baka lain. Juga terdapat pembiakbakaan kacuk dengan kuda Belima untuk melahirkan kuda yang pantas dan mampu berlari jauh.
Andalusia

Kuda Andalusia juga dikenali sebagai Kuda Sepanyol Asli atau PRE (Pura Raza Espanola) adalah satu baka kuda yang berasal daripada Semenanjung Iberia,Sepanyol. Baka ini digunakan sebagai alat diplomasi oleh kerajaan Sepanyol dan para raja di seluruh Eropah yang memiliki dan menunggang kuda Sepanyol. Eksport kuda Andalusia disekat sehingga tahun 1960-an. Meskipun jumlah baka kuda ini kecil namun baka ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.
Arab

Kuda Arab atau Arabi adalah baka kuda yang berasal daripada Semenanjung Arab. Bentuk kepala dan ekor yang tinggi yang ketara kuda Arab merupakan sejenis baka kuda yang mudah dikenali di dunia. Kuda Arab mula tersebar ke seluruh dunia melalui perdagangan dan peperangan. Kuda Arab terkenal dengan kelajuan, kecantikan, ketahanan dan tulang yang kuat. Pada hari ini, keturunan kuda Arab boleh didapati dalam hampir semua baka kuda lumba moden.
Barb

Kuda Barb adalah sejenis kuda padang pasir yang memiliki kekuatan dan stamina yang besar. Baka kuda ini dibiak di Pantai Barbary, Afrika Utara. Namun begitu, baka kuda Barb sangat susah didapati sekarang. Umumnya, kuda Barb memiliki pembawaan berapi dan sejenis sukan kuda tipikal.
Belgian

Kuda Belgium atau kuda penarik Belgium juga dikenali sebagai Kuda Berat Belgium, Brabancon atau Brabant merupakan baka kuda penarik yang berasal dari kawasan Brabant ni negara Belgium. Baka kuda ini adalah yang terkuat dalam kalangan baka berat. Baka kuda ini dinaungi oleh Persatuan Kuda Penarik Belgium Diraja dan Persatuan Pembiak Baka Kuda Penarik Belgium di Walloon.
Belima

Kuda Belima adalah satu baka kuda yang dikenali kerana banyak digunakan dalam perlumbaan kuda. Kuda Belima ini dianggap seekor kuda yang ''berdarah panas'' disebabkan ketahan kelajuan dan semangat kuda Belima ini. Meskipun kuda Belima banyak digunakan dalam perlumbaan, ia juga dibiakkan untuk kegunaan menunggang yang lain seperti pertunjukan lompatan, latihan bersepadu, dressage, polo dan memburu musang.
Clydesdale

Kuda Clydesdale adalah baka kuda penarik yang berasal dari ladang kuda di Clydesdale,Scotland. Kuda ini biasanya berwarna bay dan ia memperlihatkan tanda-tanda putih yang ketara disebabkan kehadiran genetik sabino. Pada mulanya, baka ini digunakan untuk pertanian dan pengangkutan malah juga digunakan sebagai kuda penarik sehingga ke hari ini. 
Criollo

Kuda Criollo adalah baka kuda asli yang berasal dari Argentina (1918), Uruguay (1923), Brazil (1932) dan Paraguay, Kuda Criollo mempunyai ketahanan yang kedua terbaik selepas kuda Arab.
Padi Dartmoor

Kuda Padi Dartmoor telah hidup di barat daya England selama berabad-abad. Kuda ini digunakan untuk pelbagai tujuan. Keadaan cuaca melampau di mur menyebabkan baka Dartmoor merupakan kuda yang lasak dengan stamina yang hebat.

Mustang

Kuda Mustang adalah sejenis kuda rayau bebas yang berasal dari barat Amerika Utara. Kuda ini dianggap sebagai kuda liar atau lebih tepatnya kuda feral. Kini, populasi kuda Mustang diurus dan dilindungi oleh Biro Pengerusan Tanah.
Penarik Ireland

Kuda Penarik Ireland merupakan baka kuda kebangsaan. Kuda ini merupakan kuda sukan Ireland yang paling cemerlang dalam sukan eventing dan show jumping yang tertinggi. Kuda Penarik Ireland merupakan kuda yang aktif kuat dan tirus tulang keringnya. Kuda ini terkenal dengan sifat kepintarannya dan lemah lembut. 
Sorraia

Kuda Sorraia merupakan baka kuda yang berasal dari bahagian Semenanjung Iberia yang kini dikenali sebagai Portugal. Kuda baka ini kecil tetapi tahan lasak dan senang menyesuaikan diri dengan keadaan teruk.
Trakehner

Kuda Trakehner merupakan baka kuda ringan dan berdarah suam yang berasal dari ladang baka milik negeri Prusia Timur di bandar Trakehnen. Tinggi kuda Trakehner adalah 62 hingga ke 68 inci iaitu 157 ke 173 cm. Terdapat pelbagai warna bulunya seperti bay, kelabu, berangan dan hitam namun ada sebilangannya berwarna pinto tobiano dan roan. Kuda ini dianggap sebagai yang paling ringan dan yang paling tertib di kalangan kuda berdarah suam.
Turkoman

Kuda Turkoman merupakan satu baka kuda Timur yang berasal dari kawasan steppe Asia Tengah yang kini sudah pupus. Namun kuda ini banyak mempengaruhi baka kuda lain termasuklah Belima.

Pembersihan Kuku Kuda

Kuku kaki kuda sudah semestinya perlu dibersihkan setiap kali selepas memandikannya agar kuku kakinya tidak rosak dan akan sentiasa terpelihara. Untuk mengangkat kaki kuda, kita perlu meremas urat kakinya dan pegang telapak kakinya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Dengan menggunakan hoof pick, kita hendaklah mengoreknya dimulai dari tumit kearah hujung kaki. Pembersihan kuku kaki kuda ini mampu mengeluarkan segala kotoran seperti tanah dan batu yang terlekat. Kita perlu memastikan kita membersih dua lekukan dari frog. Frog adalah bahagian licin yang berbentuk V di tapak kaki kuda dan buat pengetahuan semua, frog teramatlah sensitif dan mampu menyebabkan kuda menjadi tempang jika kita tersilap korek kuku kakinya. Selesai sahaja mengorek kotoran di kuku kuda, kita perlu menyapu minyak di bahagian dua lekukan frog dan di bahagian hadapan kuku kaki kuda. Minyak ini dapat mengelakkan kuku kaki kuda daripada menjadi buruk dan rosak. Jika kuku kaki kuda tidak dibersihkan, kotoran dan batu yang terlekat di kukunya akan merosakkan frog atau melecetkannya. Dengan membersihkan kuku kakinya, kuda kita akan berasa lebih selesa dan terhindar dari segala kotoran-kotoran yang tidak menyenangkannya.

Untuk penerangan video mengenai Pembersihan Kuku Kuda, klik di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda

Cara Memasang Pelana/Saddle Kuda

Saddle merupakan alat sokongan untuk penunggang yang diikat di belakang kuda.
Saddle diletak di atas kuda dan diikat di perutnya menggunakan girth.
Seterusnya, kaki penunggang akan diletak di atas stirrup untuk menyokong penunggang dari terjatuh.
Namun begitu, bagaimanakah cara untuk memasang saddle ini? Pertama sekali kita perlu memakaikan kuda bit.
Setelah memakaikan bit, ikatkan kuda di tiang tetapi ikatan tidak boleh terlalu ketat dan tidak boleh terlalu longgar. Seterusnya letakkan saddle blanket di belakang kuda untuk mengelakkan belakang kuda melecet.
Selepas meletakkan saddle blanket di belakang kuda, mula letakkan saddle di atas saddle blanket tadi. Seterusnya,mula ketatkan girth seketat yang mungkin mengikut saiz perut kuda agar saddle tidak terpusing dan penunggang juga tidak akan terjatuh jika saddle dipasang ketat kepada kuda. Akhir sekali, ukur panjang lengan penunggang untuk memperbetulkan stirrup bagi memberi sokongan kepada kaki penunggang. :)


Untuk penerangan video mengenai Cara Memasang Pelana atau Saddle Kuda, sila klik di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda


Friday, 14 December 2018

Cara Memandikan Kuda

Kuda perlu dimandikan setiap hari terutamanya ketika cuaca panas dan setiap kali selepas latihan. Hal ini bagi mengelakkan kuda itu berbau busuk dan berada dalam keadaan yang kotor. Namun begitu pasti kita tertanya-tanya macam mana nak mandikan kuda itu? Adakah kuda hanya perlu dilepaskan ke pantai dan dibiarkan mereka berenang begitu sahaja? Tidak... Kuda akan dimandikan oleh tuan kuda itu sendiri atau para pekerja di stable. Kuda akan dipakaikan headcollar dan diikat di tiang. Ikatan tidak boleh terlalu ketat kerana ia akan menakutkan kuda sekali gus ia akan cuba untuk melarikan dirinya atau terjatuh. Ikatan kuda tidak boleh terlalu longgar agar kuda tidak terlepas. Kuda akan dibasahi dengan air seterusnya digosok dengan sabun dan akhir sekali dibilas kembali dengan air. Dengan sentiasa memandikannya, kuda akan tidak berbau busuk dan ia akan kelihatan lebih segar dan terjaga. :) 

Untuk penerangan video mengenai cara memandikan kuda, tekan di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda