Kuku kaki kuda sudah semestinya perlu dibersihkan setiap kali selepas memandikannya agar kuku kakinya tidak rosak dan akan sentiasa terpelihara. Untuk mengangkat kaki kuda, kita perlu meremas urat kakinya dan pegang telapak kakinya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Dengan menggunakan hoof pick, kita hendaklah mengoreknya dimulai dari tumit kearah hujung kaki. Pembersihan kuku kaki kuda ini mampu mengeluarkan segala kotoran seperti tanah dan batu yang terlekat. Kita perlu memastikan kita membersih dua lekukan dari frog. Frog adalah bahagian licin yang berbentuk V di tapak kaki kuda dan buat pengetahuan semua, frog teramatlah sensitif dan mampu menyebabkan kuda menjadi tempang jika kita tersilap korek kuku kakinya. Selesai sahaja mengorek kotoran di kuku kuda, kita perlu menyapu minyak di bahagian dua lekukan frog dan di bahagian hadapan kuku kaki kuda. Minyak ini dapat mengelakkan kuku kaki kuda daripada menjadi buruk dan rosak. Jika kuku kaki kuda tidak dibersihkan, kotoran dan batu yang terlekat di kukunya akan merosakkan frog atau melecetkannya. Dengan membersihkan kuku kakinya, kuda kita akan berasa lebih selesa dan terhindar dari segala kotoran-kotoran yang tidak menyenangkannya.
Untuk penerangan video mengenai Pembersihan Kuku Kuda, klik di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda
Keep your good workkkkkkk !!!!!!
ReplyDeleteThis blog helpsss alot for those who dont know much about horsessss ❤❤