Tuesday, 1 January 2019

Bagaimana mahu menyingkirkan bulu longgar kuda?

Bulu yang kotor di badan kuda hendaklah dilonggarkan menggunakan curry comb.
Curry comb berfungsi untuk melonggarkan segala lumpur,tanah dan kotoran yang berada di bulu badan kuda. Gosok curry comb secara searah dengan bulu kuda. Selepas itu, gunakan curry comb secara berlingkar kecil dengan kuat di atas otot kuda. Hindari penggunaan curry comb di bahagian yang bertulang seperti muka, tulang belakang dan kaki. Mulai secara berurut dari leher, tubuh dan bokong. Curry comb harus digunakan secara melingkar dari arah berlawanan pertumbuhan bulu kuda. Hal ini dapat menarik segala kotoran yang terlekat di bulu kuda.

Seterusnya, dandy brush digunakan untuk menyingkirkan bulu yang telah dilonggarkan oleh curry comb
Dandy brush adalah berus dengan bulu yang keras yang menyingkirkan tanah, kotoran dan bulu yang telah dilonggarkan curry comb. Gunakan dandy brush secara lurus dan pendek agar bulu sikat ini dapat masuk ke seluruh bulu kuda dan membersihkan segala kotoran di bulu kuda. Mulai dari bahagian leher kuda dan berakhir di ekor kuda. Elakkan penggunaan dandy brush di bahagian muka, telinga, rambut kuda dan kaki kuda atau di bahagian badan kuda yang bertulang kerana alat ini akan menyebabkan kuda berasa tidak selesa malah lebih teruk lagi kuda merasa stres, takut atau terkejut. 

Selepas itu, bersihkan muka kuda dengan menggunakan span atau kain basah. Usapkan di bahagian mata dan hidung kuda. Lakukan pembersihan ini dengan lembut pada bahagian-bahagian yang sensitif.

Akhir sekali, gunakan sikat kuda untuk menghilangkan kekusutan pada rambut dan ekor kuda. 
Sebelum menyikat rambut dan ekor kuda, kita perlu menggunakan jari untuk memisahkan rambut yang kusut. Pegang bahagian besar rambut kuda dengan tangan ketika menyikat rambut kuda. Manakala ketika menyikat ekor, kita perlulah berdiri di samping kuda bagi mengelakkan kuda daripada terkejut seterusya menendang kita. Teruskan menyikat ekornya sehingga ke hujung ekornya. Ketika menyikat rambut dan ekor kuda, pastikan kita berbicara dan meletakkan tangan ke atasnya agar kuda tidak merasa takut dan terkejut. Rambut dan ekor kuda tidak akan menjadi kusut sekiranya kita menyikatnya setiap hari. ;)





Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cara penggunaan barang seperti curry comb dan dandy brush secara video, sila klik di sini untuk ke channel youtube bagi Blog : Jom Tunggang Kuda

1 comment:

  1. I love this blog.. benda ni membantu for those who yg suka kuda ❤❤
    And benda ni boleh tambah ilmu pasal kuda sbb ajar camne nk jaga kuda ❤

    ReplyDelete